Thursday, October 28, 2010

Panduan Berguna untuk Warga Tua




Risalah ini sekalipun kecil bentuknya, tetapi mengandungi panduan yang amat berguna terutamanya kepada golongan tua yang pada kebiasaannya hanya menunggu hari kematian dalam keadaan putus harapan dan gundah gelana. Melalui risalah ini, pengarangnya Syeikh Badi‘uzzaman Sa‘id al-Nursi mendedah dan menampilkan bahawa keimanan kepada Allah (s.w.t) sahaja yang boleh menjadi penyelamat dan penghibur kepada kehidupan manusia, terutama golongan tua yang mengalami kedukacitaan dalam kehidupan akibat terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian dan cubaan. Keimanan adalah punca segala pengharapan. Penjelmaan rahmat Ilahi pula berupaya menukar kedukaan kepada kebahagiaan. Tambahan pula dengan syafaat yang akan diberikan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) akan menjadi ubat yang paling mujarab di hari akhirat kelak. Diikuti pula dengan cahaya al-Quran, keimanan dengan hari akhirat, malaikat dan segala rukun iman yang lain. Ini semua menjadikan manusia tiada sebab untuk berputus asa dalam kehidupan bahkan menuntut mereka untuk sentiasa bersikap optimis dan bersangka baik, tetapi dengan syarat mereka memenuhi segala tuntutan agama sama ada dari sudut keimanan dan kepercayaan, serta melaksanakan tuntutan keislaman yang berbentuk luaran dan fizikal sekadar kemampuan.

Selamat Datang! Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!

Selamat datang ke kedai buku anda. Anda boleh membeli buku-buku yang amat bermanfaat untuk anda dari kedai ini.